Saturday, February 9, 2019

Koprivshtitsa (Копривщица): Semangat yang tak pernah hilang.

Koprivshtitsa, pasti namanya terdengar asing. Pekan kecil yang menggamit sejuta memori.
Tourist Complex "Koprivshtitsa"
Panoramic view from Georgi Benkovski Statue
Memilih untuk menaiki keretapi awal pagi dari Sofia ke Koprivshtitsa. Ini merupakan pengalaman pertama menaiki keretapi di sini. Pagi-pagi lagi sudah berkejaran kerana hampir ditinggal keretapi. Nasib baiklah ada yang perasan. Pagi yang sama juga baru terhegeh-hegeh nk cari kaunter untuk beli tiket, masa yang sama jugalah mata melilau cari platform. Inilah bahana tidak datang awal, lambat ke stesen, ditambah pula kurangnya mereka yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. (Okay, the latter part is just my own excuses. Not theirs. Ampun~). Terlewat satu minit, memang terpaksa tunggu train seterusnya. 😅Durasi dan masa perjalanan boleh di lihat di website (http://www.bdz.bg/en/). Take note that tiket tidak dijual secara online. Harus ke kaunter untuk dapatkan tiket, jadi please be there earlier incase there is a long queue. Perjalanan memakanan masa selama 2jam bergantung kepada keadaan. Suggest to take 1st class, lebih selesa (6 pax in a couch) instead of economy class (8 pax in a couch). Harga tak banyak beza pon. Tapi do not expect something fancy. Remember, you have been warned😂
First-class
Economy class
Cerita dari teman-teman sekerja, mereka selalu mengatakan jaluran keretapi Bulgaria sangat tidak efficient. Perkhidmatan yang tidak diperbaharui, kondisi nya masih macam dulu. Langsung tiada penambahbaikan dibuat. Often than not, it breaks somewhere in the middle of the journey. Kalau keretapi tak rosak di tengah perjalanan, itu yang pelik. Pelik, tapi itulah kenyataan. Seperti yang dijangka, setelah sejam perjalanan keretapi berhenti seketika. Tapi alhamdullillah, ianya bukan kerosakan, tetapi memberi laluan kepada keretapi dari arah bertentangan kerana kebanyakan jaluran keretapi di sini hanyalah "single track" especially yang terletak di luar bandar. Sementara menunggu keretapi melepasi stesen, ramai yang mengambil kesempatan untuk turun mengambil udara segar. Setelah sepuluh minit, perjalanan diteruskan kembali. Dinasihatkan kepada yang bercadang untuk menaiki keretapi, just put this in mind so that you don't get yourself surprised.
Train stopped for a while before continue the journey to Koprivshtitsa
Untuk yang mengembara secara berkumpulan, it is also a good idea to drive there. Lebih bebas kerana tidak terikat dengan timetable pengangkutan awam. Kerana berseorangan, saya memilih keretapi ke sana which is lebih praktikal untuk solo traveller. Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sepanjang perjalanan.
Keretapi bertolak dari Sofia Central Station pada pukul 7:00pagi dan tiba di Koprivshtitsa Station lebih kurang pada pukul 9:00pagi. Koprivshtitsa Station, is a little distance outside of the town. Actually I was pretty nervous when I reached at Koprivshtitsa Station when what I am seeing is all trees and forest and nothing else. I was wondering how could I get into the city because I need to escape from here by any means. I am not kidding, it is really a forest without any buildings around, only the station in the middle of nowhere. Going there alone, I have no luxury to just stay stunt. So I follow the rest of other passenger, that’s the rule of thumb. Actually, I did some research before going, but it is not what I imagined. Base on my research, there will be a bus, which will pick up the passenger form the station and bring them to the center of Koprivshtitsa. A bus that I imagined infact was a size of van that we used to see in Malaysia, and without any sign that mentioned it was meant for public use. You see my expectations are so different which makes me nervous for no reason. Because I thought that mini van is someone who came to pickup their family members. Later I only found out that the buses time departures always coincide with train arrivals. And they will wait until the last passenger get on the bus before starting their journey to the town. Lesson learnt, as a traveller, don’t get your expectation high else you will be upset. Alhamdulillah, in less than 30 minutes, I arrived at my destination.
Sungai yang mengalir di tengah-tengah Koprivshtitsa
Pertama kali menjejakkan kaki ke pekan kecil ini, terasa seperti menaiki mesin masa terbang ke zaman lampau. Sepi, sunyi. Itu yang bermain di benak fikiran. Deruan air sungai yang mengalir di tengah-tengah pekan jelas kedengaran. Koprivshtitsa, terletak di Sungai Topolnitsa di antara gunung Sredna Gora, 111 km ke timur Sofia. Dengan populasi penduduk di bawah 3000 orang, mereka masih mengekalkan rupa asal seperti berada di era Bulgarian Revival. Langsung tidak terusik. Disebabkan kurangnya peluang pekerjaan di sini, anak-anak muda kebanyakkannya berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Sofia dan Plovdiv. Yang tinggal hanyalah warga emas dan segelintir dari mereka yang mencari rezeki dalam bidang pelancongan. Walau mereka hanya fasih berbahasa ibunda, ramai yang menyapa, bertanyakan khabar. Walaupun dengan komunikasi yang terbatas, senyum diberikan sebagai ganti.
Koprivshtitsa dahulunya adalah Pusat Kebangkitan Nasional Bulgaria, juga dikenali sebagai Renaissance Bulgaria pada abad ke-18 - 19. Terasa semangat masa lalu yang masih hidup hingga ke hari ini. Rumah-rumah tradisional Revival-period yang masih tersergam indah, sebahagiannya tersembunyi di belakang pagar batu. Banyak juga yang di transformkan kepada museum; dimana ianya dibuka untuk orang ramai agar mereka dapat bersama merasai semangat di zaman kebangkitan. Tidak kurang juga yang dijadikan guesthouse. Jalan berbatu (cobblestone street) masih lagi menghiasi jalanan.
The cobblestone street
Kerana terhadnya pembangunan di kawasan sekitar, kawasan sekeliling masih segar hijau, masih sejuk setiap mata yang memandang. Sedikit pendakian ke tugu Georgi Benkovski, panorama indah yang menakjubkan menanti. Benkovski adalah salah seorang pejuang kemerdekaan ketika Uprising April 1876 menentang Empayar Uthmaniah yang akhirnya menyumbang kepada kebebasan dan kemerdekaan Bulgaria. Sepasang mata dijamu dengan pemandangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata; ditambah pula dengan gunung ganang yang menjadi latar belakang; melengkapkan lagi potret alam. Udara yang segar, dan cuaca yang dingin. Tugu dibina memperingati jasa beliau dalam liberasi tanah Bulgaria ini.
Suasana sekeliling yang sunyi
Rumah yang masih didiami

Tiada masjid yg kelihatan di sini, thus you will need to find a way to find a place to pray. Banyak kawasan lapang, so takde masalah to find a spot. Get a prayer mat, and tunaikan tanggung-jawab pada yang-Esa. 🙂

Begitu juga dengan kedai makanan halal, tiada yang berstatus Halal. Jadi pandai-pandailah untuk mengisi perut yang lapar. Depending on your preferences, you can try their bread (Perlanka) with yellow cheese (Kashkaval) and Tomato spread (Lyutenitsa) also Bulgarian salad (Shopska Salata). Else,bring your own bekal supaya tak kelaparan. Boleh juga mencuba pancake yang didatangkan dalam pelbagai perisa. You will pass by this pancake place, somewhere on the street (I can't remember the exact location).

Pada yang tidak merancang untuk bermalam disana, boleh di jadikan sebagai day-trip. Get on the earliest train from Sofia, and take the last train leaving from Koprivshtitsa. That should be suffice. Make sure you buffer sometime and check the shuttle bus time to the train station so that you can make your way back to Sofia on the same day. Also take in mind the time table is not in English. Please find a way to understand them regardless. Ingin merasakan pengalaman bermalam di Rumah Tradisi Bulgaria? That’s not a bad idea too.
Time-table bus ke train station
Antara muzium dan local attractions yang boleh dilawati: The Oslekov House The Lyutova House The Todor Kableshkov Museum The Dimcho Debelyanov Museum The Georgi Benkovski Museum Liuben Karavelov Museum.
The Oslekov House
The Lyutova House
The Todor Kableshkov Museum
Ticket: Combined Museum ticket untuk semua muzium boleh dibeli dengan harga 5 leva (2.50 EUR). Ticket valid untuk semua museum kecuali 'Oslekov House'. Separate ticket harus dibeli untuk masuk ke Oslekov House dengan harga 2 leva (rumah tercantik di Koprivshtitsa if you asked me). Rumah Oslekov yang tidak dapat dilihat dari luar, terlindung oleh pagar yang tinggi. Most of the time you had to knock on their door to get into. Pay your entrance ticket on the spot. I was mesmerized by the furniture and condition of the house which still remain as good as it was in the golden days. very well preserved. Some of the explanation are available in English.
Selain dari rumah-rumah bersejarah, antara attraction yang lain adalah 40 perigi yang dibina pada era yang berbeza. Juga jambatan yang didirikan di atas sungai-sungai kecil yang mengalir ke Sungai Topolnitsa. Yang paling popular ialah Jambatan Kalachev; juga dikenali sebagai 'The First Shot Bridge', dimana berlakunya permulaan Uprising April 1786.


The First Shot Bridge

XoXo,
нурул

No comments:

Post a Comment

Hujung minggu di Sofia, Bulgaria.

Hello Mr sunshine  🌞  It’s been a while since you shines so handsomely like today. It seems everyone is missing you so badly. Hari ini,...